ABOUT US



0673-12-MEL
   
 YAYASAN PENYELAMAT ELITE BENCANA  MALAYSIA
ELITE DISASTER RESCUE MALAYSIA 


TENTANG KAMI


Yayasan Penyelamat Elite Bencana Malaysia (Elite Disaster Rescue Malaysia)  dengan singkatanya YPEBM yang diperbadankan di bawah Akta Pertubuhan 1966 ditubuhkan sebagai badan Awam. YPEBM adalah sebuah organisasi yang dipelopori oleh pengasas (EMERGENCY RESCUE SERVICES MALASIA) 

YPEBM merupakan sebuah pertubuhan sosial yang bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Negara dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan menyelamat, bakti sosial dan sebagainya.

Selaras dengan kepelbagaian skop perkhidmatan, peranan dan cabaran daripada segi permintaan social yang kian meluas, pertubuhan YPEBM merupakan yang paling tepat.

YPEBM bermatlamat memperluaskan lagi perkhidmatan serta memperkukuhkan lagi infrastruktur organisasi yang sedia ada, supaya cita-cita organisasi dapat disempurnakan secara pesat, bukan sahaja pada aspek perubatan social bahkan pada tahap antarabangsa
                                                                 
Bagi memastikan perlaksanaan matlamat YPEBM, khemah  latihan dan kursus kecemasan yang biasanya mencakupi kursus bomba ( kecemasan semasa kebakaran ), pertolongan kecemasan, ikatan dan simpulan penyelamat, memasak  di alam semulajadi dan sebagainya  selalu dilaksanakan untuk melatih para ahli sukarelawan  menghadapi situasi kecemasan supaya mampu membantu orang awam apabila berlaku sebarang kecemasan.

: :AHLI JAWATANKUASA 2012