OBJEKTIF



PERLEMBAGAAN
YAYASAN PENYELAMAT ELITE BENCANA MALAYSIA
(ELITE DISASTER RESCUE MALAYSIA)


FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Yayasan Penyelamat Elite Bencana Malaysia
       
Selepas ini disebut "Yayasan"


FASAL 3 MATLAMAT

(1) Teras utama Yayasan ini adalah dari segi memberi bantuan Perubatan, Kebajikan Masyarakat, Khidmat Komuniti serta memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada Masyarakat sejagat yang memerlukan bantuan

(2) Memupuk masyarakat agar menghargai erti penyayang sebenarnya dan menjadikannya sebuah masyarakat yang sihat, bertanggungjawab dan harmoni serta memperjuangkan kegiatan amal, kebajikan dan sosial khasnya.

(3) Bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan Malaysia supaya mewujudkan pasukan sukarelawan di setiap negeri yang bersih dari segi moral, aman sentosa dan mempunyai wawasan. Menjalankan semua aktiviti-aktiviti yang berbentuk kebajikan dan menjadikan rakyak Malaysia yang bermaruah dan tinggi nilai budi