PENGUMUMAN

 

Yayasan Penyelamat Elite Bencana Malaysia/Malaysia Elite Disaster Rescue Foundation (YPEBM/MEDRF) merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (non-governmental organization) . YPEBM dibahagikan kepada 5 bahagian, salah satu daripadanya adalah khidmat kebajikan dan sosial. Ini termasuk membantu masyarakat umum mengenai dan mengetahui kepentingan dan pengawasan semasa mengalami keadaan kemalangan dan kecemasan. Oleh yang demikian, YPEBM bersedia memberi ceramah dan kem latihan kepada masyarakat umum termasuk kilang-kilang, sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan di mana mereka juga berpendapat bahawa persediaan kecemasan adalah mustahak.

Pakar-pakar perubatan dari Bahagian Paramedik, jurulatih-jurulatih yang terlatih, pegawai dari Bomba dan penyelamat akan memberi tunjuk ajar yang lengkap untuk menyelamat dan jagaan diri dalam masa 2 hari 1 malam.

Sila hubungi kami untuk mendaftar diri atau maklumat lanjut.

ENCIK SHARUDIN   013-3185656
edrm.org.my@gmail.com